Nuffnang

Monday, November 18

Kias-kias

Pernah saya terbaca dimana, wallahualam dah saya lupa, mengikut pemerhatian si pemerhati yang begitu rajin memerhati perilaku manusia, perempuan kata-katanya sangat berlapik. Tak pernah dilepas secara terus. Selalunya mesti dalam bentuk perlian, gurauan atau kiasan.

Hal ini kerana perempuan itu terkenal dengan sifatnya yang pemalu dan merendah diri. Lebih-lebih lagi gadis-gadis Timur. Walaupun zaman telah berubah, sudah tiada beza duduknya perempuan dan lelaki, sifat pemalu itu pasti ada dalam diri seorang perempuan.

Hal ini bukanlah saya bangkitkan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Sebagai kilasan kerana saya terperasan kebenaran dalam hal ini. Ianya berlaku kepada diri saya sendiri. Saya lebih suka bergurau dan menggunakan pendekatan reversed psychology apabila berkomunikasi dengan lelaki. Saya takkan menyatakan secara terus melainkan itu satu-satunya cara yang tinggal. Saya kadangkala serius dalam gurauan tapi bukan bermakna saya tak boleh dibawa bergurau langsung atau menganggap saya serius dalam semua gurauan. Orang yang punya deria sensitif boleh mengesan serius dalam gurauan saya. Yang buta tuli itu, tak dapek den nak nolong lah!

Wallahualam, hanya menyatakan pendapat.