Assalamualaikum. Jam lagi setengah jam pukul satu pagi, penat kerja masih melekat kuat pada kudrat tetapi saya masih tak mampu untuk melelapkan mata. Am having a very tough situation right now. Banyak benda yang berlegar dalam kepala. Oleh itu, untuk mengurangkan beban dalam kepala, dengan senang hatinya saya ingin share sikit apa yang saya mahu dalam hidup empat tahun dari sekarang.
1. Saya ingin memiliki sebuah kereta. Idaman kalbu hanyalah pada MyVi, Satria Neo dan Suprima S. Ada turbo gitu. Mengidam Satria Neo tapi pitis masih belum cukup even untuk bayar muka sebuah Viva. No worries, still have 4 more years, though.
2. Punya seorang kekasih hati yang betul-betul saya boleh kenalkan kepada parents. Itu bermaksud saya bagaikan sudah cinta mati pada si MR Right. Buruk baiknya tetap menyenangkan hati saya.
3. Punya kerja tetap dan gaji yang agak masyuk gitu. Kalau saya punya jodoh yang panjang dengan tempat kerja sekarang, inshaAllah saya seorang senior staff dan supervisor yang paling berdedikasi. Muehehehe.
4. Kalau saya nak pastikan at least 4 tahun akan datang saya dah jadi tunangan orang boleh tak? Aww~ Gatalnya mak!
Mungkin nampak macam desperate tapi semua orang pun mungkin mengimpikan benda yang sama. Kita manusia, dambakan nikmat Tuhan yang tiada habisnya.
Wallahualam.
Kusut, lerailah.