Nuffnang

Friday, October 19

JPJ Test #2

Salam alaik. Ni post JPJ test yang kedua tapi hakikatnya, aku repeat 2 kali! Yang lepas malas nak di-blog-kan. Haha. So, today, I had my JPJ test. Memandangkan ini kali yang ketiga aku jumpa abang-abang JPJ yang handsome belaka tu, ke-nervous-an aku tu dah semakin berkurang. Kalau mula-mula dulu, nak start jalan kat bukit tu engine dah mati dekat 10 kali! Harini, alhamdulillah, smooth je. Tang bukit lepas dengan senang. Tang parking, memang tak risau apa sebab petugas tu memang bagus, dia dah letak kereta ngam-ngam kat tempat yang sepatutnya. So, lepas dengan mudah jugak. Tang tiga penjuru yang memang aku risau. So, tadi aku usha orang lain buat macam mana and aku try ikut se-exact yang boleh. Aku bukan apa, kalau dah press minyak, tak reti nak slow. Bila dah laju, memang kelam kabut lah. So today, aku drive seperlahan yang boleh dan cuba untuk tak matikan engine. And alhamdulillah, syukran jazilan Ya Allah kerana memudahkan urusan aku harini, LULUS! Masa ambik borang aku kat abang JPJ tu, dia senyap je. Aku tanya dia, "Lulus ke?" dan dia balas, "Lulus." hanya Tuhan je yang tahu perasaan aku. Tak boleh tahan senyum sorang-sorang tau? Masa turun tangga pondok JPJ tu pun aku terlompat-lompat skip anak tangga. Happy punya pasalkan? Haha. Soooo childish. K, tinggal tunggu lesen siap je. *jogetjogetpublishpost*