Nuffnang

Thursday, October 18

Fixi

Salam alaik! Aha, anda baca tajuk pun anda dah tahu, kemana post ni pergi sebenarnya. Memandangkan aku tengah demam teruk Buku Fixi ni, aku nak membebel pasal buku ni pulak. Tak suka, boleh blah sekarang. *mukagarang.jpg* FYI, aku menghadap PC ni dua jam straight nak tulis post ni, so sila hargai usaha aku nak mengupdate blog sekaligus menunaikan janji. Terima kasih.

Sekuat-kuat aku ketagih 'rogol' Twitter aku pun, cinta aku pada buku-buku fiction tak pernah hilang. Makin membuak-buak sebab dapat cuti lama ni adalah! Habis kopak bapak aku melayan kerenah aku dan adik aku dan adik aku lagi yang kalau nampak kedai buku Harris ke Popular ke dah buat macam rumah diorang sendiri! Keluar kedai pulak seboleh-bolehnya taknak dengan tangan kosong. Mesti paling-paling sebuah buku jadi milik masing-masing. So, kepada sesiapa yang sedang jadi boyfriend aku, pastikan anda bawak duit lebih kalau nak ajak aku dating kat tempat-tempat yang ada kedai buku. Confirm aku lupa dunia kalau mata dah nampak walau sekilas signboard kedai buku tu!

Aku pun taktau sejak bila mula cinta aku pada buku. Nak kata dari kecik kuat baca buku, tak jugak. Kalau tak lagi menggunung collection aku. Entah, aku just taktau. Mungkin aku dah terlalu tua untuk ingat balik kenangan waktu kecil aku. Pedulikan, itu bukan big matter.

Aku mula dengan buku novel cinta yang tipikal. Hmm, mungkin jugak sebab terpengaruh dengan mak yang suka baca buku macam tu masa aku kecil. Yang pastinya, aku ada sikit menyesal sebab bermula dengan cerita cinta. Cerita cinta buat aku fikir bila kita dilamun cinta, kita bagaikan berada dalam dunia fantasi. Ah, bohong semua tu! Disebabkan aku mula dengan cerita bodoh macam tu, aku agak lambat untuk minat buku cerita berbahasa Inggeris. Sebab tu English aku berterabur. Adik aku lagi suka buku English dan sebab dialah aku mula baca buku English start tahun ni kalau tak silap. Lambat betul kan? Tapi aku sedikit musykil, Adik tak suka buku novel Melayu ni tapi cikgu dia pernah komen, kalau dia buat karangan Bahasa Melayu, bahasa bunga-bunga dia tu, aduh, ternganga mulut cikgu tu. Why oh why? Maybe she just has the talent. Serious aku jealous dengan dia sebab aku masih tak nampak di mana talent aku. Can somebody tell me where my talent is hiding now? Puh-leaseeee

Bila dah setahun dua layan cerita jiwang bodoh tu, aku mula carik kelainan. Aku carik pulak novel yang lagi urban but yang ni tak urban sangat tapi penulis dia pandai buat aku rindu kuasa sebelas pada tempat aku membesar. Hlovate. Yeap, daripada novel dia aku kenal macam-macam. Macam mana dia quote Allah's love letters, penggunaan slang Perak yang aku kurang kenal sebab akukan orang KL murtad, lahir kat KL, kenal dunia kat Perak tapi tak pandai cakap slang Perak sebab abah tak lahir kat district yang kuat pakai slang. Ah, macam melalut aku ni takde connection langsung pulak bila baca balik. Pedulikan. Back to bussiness, yang lagi best Hlovate ni sebab dia ada buat novel pasal hidup budak sekolah berasrama penuh. Hidup yang aku tahu kewujudannya tapi aku tak tahu detail sebab tak pernah alami sendiri. Dia buat aku teringin nak masuk asrama walaupun waktu tu aku dah terlebih umur nak apply mana-mana SBP. Haha! Lama dah aku tak baca novel Hlovate ni, bila dia nak release novel baru? Hmm

Then, baru-baru ni dah mula nampak orang cerita pasal Buku Fixi, aku pun adalah tertarik sikit. Nak tau apa yang bestnya buku diorang ni? Sebab masa first time aku belek buku tu before aku tergerak hati nak beli, cover buku tu kebanyakannya seram gila doe! Tu buat aku berani-berani takut nak test buku diorang. Tak caya, tengok ni.



Kelabu-cover.jpg (1407×2185)

Tabu-cover.jpg (1410×2185)

97896710384753.jpg (567×871)

Ngeri_hires.jpg (1423×2185)

Jerat_hires.jpg (1423×2185)

Cekik_532x832.jpg (532×832)

Dendam_987x639.jpg (639×987)

kasinocover-a.jpg (640×989)

Kougar_520x808.jpg (520×808)

Pecah_535x827.jpg (535×827)

*gaya aku letak semua gambar-curik-dari-website-Fixi ni macam nak promote kat orang pun ada. LOL* Haa, mana tak hilang selera aku nak beli buku ni memula kalau dah cover dia macam buku bawak bala kalau aku beli? Faham? Haha! No offense. Tu my first impression tapi bila dah terjebak dengan Buku Fixi ni, aku memang tak boleh nak patah baliklah. Ketagih terus. Macam drug siot! Baru baca dua buku.

Tak percaya jugak aku ketagih? Bayangkan semalam petang aku start baca buku Kelabu, aku baca-berhenti-sambung-berhenti, bila malam waktu tidur aku sambung baca buku ni sampai pukul 2 pagi! Yes, 2 AM baby, 0200 hrs. Straight! Bila dah habis baca, terus aku masuk tidur, penat tahan mata daripada tertutup terus. Tapi puas sebab aku dapat tahu kisah sebenar.

I admit, aku dah fall in love hard dengan Buku Fixi especially, Kelabu yang macam nak gila aku search satu 1B. Buku diorang memang urban habis. Takde dah cerita cinta fantasi bodoh yang kalau aku baca balik, memang muntah pelangilah. For instance, buku Bisik cerita pasal mamat ni yang berhalusinasi, dia macam ada imaginary friend *I guess, that's the right word*. Honestly aku tak pandai nak describe buku, genre dia pun aku kurang pasti. Psycho? Thriller? Psycho-thriller? Argh! Tolonglah baca sendiri, mungkin ada yang lebih faham. Aku pandai baca je, nak bagitau kat orang balik, aku tak reti. Buku Kelabu pulak pasal hidup seorang kasanova yang sebenarnya seorang pengkid. Dua-dua best. Aku salute-lah kat penulis-penulis under Buku Fixi ni sebab diorang pandai sembunyikan the truth pada permulaan cerita dengan baik. Dua-dua aku tak jangka kut yang sebenarnya sorang ala-ala psycho yang sorang lagi actually pengkid. Atau aku sebenarnya agak buta, mana tau penulis-penulis ni ada terlepas mana-mana small details masa awal cerita? -,-

Dan aku dah tambah lagi 'pengalaman hidup', walaupun tak pernah jumpa dua-dua watak tu in reality *kalau boleh taknak pun!*, aku tau macam mana gambaran kisah hidup diorang yang sebenar tanpa perlu jumpa face-to-face. Thanks to all penulis-penulis buku. Jasa anda semua tak dapat saya balas.

Maybe lepas ni aku akan terus kumpul Buku Fixi tapi dengan keraguan pada mulanya dan duduk depan buku diorang berjam-jam semata-mata nak pilih buku mana yang takkan buat aku takut nak tidur malam!

PS : Now, bila dah ada buku novel macam ni, baru aku rasa make sense kalau lelaki nak baca novel. Cerita dia takde cintan-cintun melampau. Kalau still ada lelaki baca novel cinta tipikal tu, sorry to say, not my type sebab mesti jenis yang jiwang habis, mulut kalau cakap taknak kalah dengan air oren time raya. Kalau ada yang baca Buku Fixi tu, boleh follow Twitter aku? Ahaks! Kbai.


TRIVIA
Aku ada tabiat tak suka beli buku di kedai-kedai buku biasa. Aku lagi suka beli buku di Harris, Popular, MPH dan seangkatan dengannya, sebab aku tak suka buang tanda harga buku. So, tanda harga ni macam mengingatkan aku kat mana aku beli buku tu. Kalau kedai buku biasakan setakat pakai price tag kecil-comel-tak-lawa tu, kalau bookstore yang banyak kat shopping mall tu kan, dia ada price tag sendiri. Tu yang aku maksudkan. kalau aku beli buku pun, aku akan pastikan price tag kat buku tu yang paling lawalah condition dia antara semua buku tu sebab akukan beli dengan price tag tu sekali, so mestilah nak yang terbaik!